Pop yeh-yeh moden Pop_yeh-yeh

Pada masa sekarang, sudah tidak ada lagi kelahiran kugiran-kugiran pop yeh-yeh yang baru. Kalau ada pun kugiran pop yeh-yeh yang lama atau pun kugiran yang memainkan lagu-lagu lama. Pop yeh-yeh boleh dikatakan genre yang hampir mati ataupun sudah mati. Cuma ada segelintir kugiran atau penyanyi pop yeh-yeh yang masih lagi aktif. Di arus perdana masa kini, kugiran yang masih lagi dikenali adalah Orkes Nirwana itu pun cuma ada penyanyinya iaitu Dato' A. Rahman Hassan.

2017 telah menyaksikan kebangkitan anak-anak muda terhadap Pop Yeh Yeh dan runut klasik dengan rilisan album Koleksi Kenang-Kenangan dari kugiran Masdo yang menggabungkan muzik berasaskan rock 60'an dan garage rock moden di dalam muzik mereka. Kebangkitan ini juga turut disertai oleh kugiran The Pinholes dari Singapura yang turut sama membawa muzik-muzik yang berasaskan era 50'an dan 60'an dari Singapura seperti The Swallows dan The Quest. The Pinholes sendiri telah menghasilkan beberapa E.P beberapa tahun sebelum itu.